Header Ads

Borang Permohonan Pendaftaran OKU 2023 JKM (Orang Kurang Upaya)

Borang Permohonan Pendaftaran OKU 2023 JKM (Orang Kurang Upaya). Nak daftar Orang Kurang Upaya (OKU)? Perhatian buat anda yang ingin membuat pendaftaran borang OKU tahun 2023. Untuk makluman, pendaftaran OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun 2022 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web JKM www.jkm.gov.my atau dapatkan borang di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian.


Borang Permohonan Pendaftaran OKU 2021 JKM (Orang Kurang Upaya)



Borang Permohonan Pendaftaran OKU 2023 JKM (Orang Kurang Upaya) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang borang pendaftaran OKU termasuk memaparkan syarat kelayakan, kategori OKU dan rayuan :


Definisi OKU? 


Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat".


Syarat Pendaftaran Orang Kurang Upaya 


Antara syarat-syarat pendaftaran Orang Kurang Upaya adalah seperti berikut:


(a) Warganegara yang bermastautin di Malaysia


(b) Telah disahkan atau diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/ Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.


Senarai Kod Kategori OKU


Terdapat tujuh (7) kategori Orang Kurang Upaya yang boleh didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut :


     KOD             JENIS KETIDAKUPAYAAN


      DE                       Pendengaran

      BL                        Penglihatan

      SD                         Pertuturan

      PH                            Fizikal

      LD              Masalah Pembelajaran

      ME                           Mental

      MD                          Pelbagai


Cara Daftar Orang Kurang Upaya 2022 Online/ Manual


A. Secara Online 

Permohonan OKU Boleh dibuat secara online di laman web rasmi http://oku.jkm.gov.my/.

Nota : Untuk dapatkan panduan permohonan OKU secara online boleh rujuk sini http://oku.jkm.gov.my/#

B. Secara Manual (Borang)

Borang permohonan pendaftaran OKU Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian atau muat turun borang permohonan melalui pautan http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/BPPOKU%20PINDAAN%202019.pdf.

Rayuan Pendaftaran Orang Kurang Upaya 


Sekiranya pendaftaran OKU ditolak pemohon boleh membuat rayuan dengan mengemukakan surat permohonan kepada Ketua Pendaftar beserta laporan sosial pemohon untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Pendaftaran OKU di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU). 

Pembatalan Pendaftaran OKU


a. Pendaftaran OKU terbatal apabila pemegang Kad OKU telah meninggal dunia atau terhenti menjadi OKU telah pulih dan tidak lagi mengganggu kefungsian.

b. Waris atau pemegang Kad OKU hendaklah mengembalikan Kad OKU di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan. 


Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi JKM www.jkm.gov.my.


Sumber : JKM

2 ulasan:

  1. Sy pnah pnh lumpuh dri sjak sekolah menegah dan smpai skrng prgerakn sy trbtas contoh klo sy nak brjlan kaki sy seret2.adkah sy boleh memohon borang oku..sbb mse sy sekolah menegah sy pnh msuk hospital penang 1bulan sbb xblh nk jln.dan smapi skrng kaki sy nsih lg xpulih

    BalasPadam
  2. boleh encik..untuk apa2 kelemahan fizikal pun boleh mohon kad OKU..banyak faedah yg boleh diterima oleh pemilik kad OKU..kena dapatkan surat rawatan doktor dan isi borang permohonan OKU ni.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.