Cara Daftar Vaksin COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera (Manual)
Cara Daftar Vaksin COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera (Manual). Nak daftar vaksin COVID-19? Perhatian buat rakyat Malaysia yang ingin ketahui cara pendaftaran vaksin COVID-19. Untuk makluman, kerajaan Malaysia akan menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022. Selepas ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac kini rakyat Malaysia boleh mendaftar vaksin COVID-19 yang dilaksanakan dalam tiga (3) fasa sehingga Februari 2022. Pendaftaran program vaksinasi boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera atau secara online di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my.
Selain aplikasi MySejahtera, pendaftaran secara manual juga boleh dilakukan dimana orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline atau hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Cara Daftar Vaksin COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera (Manual)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Vaksin COVID-19 termasuk memaparkan fasa program, kategori tidak sesuai terima dan cara daftar :
Kategori Tidak Sesuai Menerima Vaksin
Antara beberapa kategori yang tidak sesuai untuk menerima Vaksin COVID-19 iaitu:
1. Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
2. Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
3. Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
5. Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
6. Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
Fasa Pemberian Vaksin Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Cara Pendaftaran Vaksin COVID-19
Pendaftaran program vaksinasi boleh dilakukan beberapa cara antaranya iaitu :
A. Aplikasi MySejahtera
Bagi pengguna sedia ada aplikasi MySejahtera, pengguna iOS dan Android perlu mengemas kini versi MySejahtera 1.0.28.
1. Selepas kemaskini, akan muncul ikon 'Covid-19 Vaccination' yang mengandungi maklumat lengkap profil yang perlu dikemas kini sebelum disahkan.
2. Untuk mendaftar, anda perlu menjawab empat (4) soalan yang merangkumi minat untuk diberi vaksin, sejarah penyakit, sama ada pemohon terdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan alamat rumah terkini.
Nota : Pemohon dinasihatkan untuk mengaktifkan pemberitahuan supaya mudah menerima makluman terkini mengenai status vaksinasi.
B. Pendaftaran di Laman Web
Pengguna juga boleh mendaftar program vaksinasi melalui laman web https://www.vaksincovid.gov.my/
C. Pendaftaran Secara Manual
Bagi yang tidak mempunyai aplikasi MySejahtera, anda juga boleh membuat pendaftaran program vaksinasi dengan menghadirkan diri ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau hubungi talian hotline yang akan diwujudkan tidak lama lagi.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang Vaksin COVID-19, sila layari ke laman web https://www.vaksincovid.gov.my/.
Post a Comment