Header Ads

Permohonan Skim Mesra Usia Emas 2023 SMUE Online (Semakan Status)

Permohonan Skim Mesra Usia Emas 2023 SMUE Online (Semakan Status). Perhatian buat rakyat Negeri Selangor dimana kerajaan negeri Selangor ada menawarkan satu skim bantuan iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Bermula tahun 2022, setiap permohonan yang berjaya ahli SMUE akan terima dua jenis manfaat iaitu baucar beli belah RM100 dan khairat kematian bernilai RM500 (manfaat selepas kematian). Bagi anda yang berkelayakan boleh mohon Skim Mesra Usia Emas secara dalam talian (online) menerusi laman web YAWAS www.e-mesra.yawas.my.


Permohonan Skim Mesra Usia Emas 2022 SMUE Online (Semakan Status)



Skim Mesra Usia Emas atau ringkasnya SMUE telah diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor pada bulan Ogos 2009 dimana ianya skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM500. Selain itu, pemohon juga akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih. 


Permohonan Skim Mesra Usia Emas 2023 SMUE Online (Semakan Status)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Mesra Usia Emas termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :


Syarat Kelayakan Skim Mesra Usia Emas


Antara syarat-syarat kelayakan Skim Mesra Usia Emas adalah seperti berikut ;


A. Kategori Warga Emas


1. Warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas;

2. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; 

3. Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; 

4. Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun;

5. Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah di Negeri Selangor sahaja. 


B. Kategori OKU


1. Warganegara Malaysia;

2. Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);

3. Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;

3. Pemohon OKU yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah sedang menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun;

4. Sedang menetap di negeri Selangor;

5. Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat. 


Cara Mohon Skim Mesra Usia Emas 2023


A. Secara Online 


Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web http://smue.yawas.my


B. Secara Manual 


Permohonan secara manual perlu memuat turun borang dan hantar ke Pejabat YAWAS atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran. Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi pautan http://e-mesra.yawas.my/borang.php


Nota : Permohonan secara online perlu mengemukan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dibuat. 


Semakan Status Skim Mesra Usia Emas 2023 Online 


Semakan SMUE boleh dibuat secara online menerusi laman web http://www.smue.yawas.my/admin/online_semakan.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :


Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan

Negeri Selangor, Lot 4,

Jalan Platinum 7/52,

Seksyen 7, Persiaran Kayangan,

4000 Shah Alam,

Selangor.


No. Tel: 03 5481 8800

Emel: pertanyaan.yawas@gmail.co


BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Negeri Selangor

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.