Semakan Status Permohonan Kad Sihat Johor 2023 Online
Semakan Status Permohonan Kad Sihat Johor 2023 Online. Panduan buat rakyat negeri Johor yang telah membuat permohonan Kad Sihat Johor. Untuk makluman, kerajaan Negeri Johor masih meneruskan program Kad Sihat Johor untuk tahun 2023. Bagi anda yang telah membuat permohonan Kad Sihat Johor, semakan status boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman web www.sihatjohor.com.my.
Kad Sihat Johor adalah merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Johor untuk membantu rakyat golongan berpendapatan rendah B40 dan dapat meringankan beban perbelanjaan Perubatan mereka. Insentif ini ditawarkan kepada keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM4,830 sebulan dengan syarat pemohon adalah warganegara Malaysia. Dengan adanya kad ini, pemilik layak menerima rawatan kesihatan dan perubatan dari hospital atau klinik swasta terpilih dengan had rawatan RM50 sahaja.
Semakan Status Permohonan Kad Sihat Johor 2023 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kad Sihat Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, manfaat dan aplikasi semakan :
Syarat Kelayakan Kad Sihat Johor
Antara syarat-syarat kelayakan Program Kasih Sihat Johor adalah seperti berikut :-
1. Kategori A - Keluarga (bantuan RM500 setahun)
- Pemohon bersama pasangan dan anak-anak.
- Warganegara Malaysia yang lahir di negeri Johor dan menetap di Johor melebihi 10 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,830 sebulan
2. Kategori B - Invididu (bantuN RM200 setahun)
- Pemohon yang berumur 21 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia yang lahir di negeri Johor dan menetap di Johor melebihi 10 tahun
- Pendapatan sebulan tidak melebihi RM1,500
Senarai Manfaat Insentif Kad Sihat Johor
Antara manfaat yang akan diterima dalam Kad Sihat Johor yang dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori A (Keluarga) dan Kategori B (Individu) iaitu :
Kategori A - Keluarga
》Had pembiayaan RM500 setahun
》Had penggunaan RM50 bagi setiap rawatan
》Percuma satu kad untuk satu keluarga
Kategori B - Individu
》Had pembiayaan RM200 setahun
》Had penggunaan RM50 bagi setiap rawatan
》Percuma satu kad untuk setiap individu
Cara Semak Status Kad Sihat Johor Online
1. Semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web http://www.sihatjohor.com.my/RegStatus.aspx
2. Sila isikan nombor kad pengenalan atau nombor rujukan untuk menyemak keputusan sama ada permohonan anda diluluskan.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web www.sihatjohor.com.my atau boleh dirujuk ke Pejabat Daerah dan Pejabat Ahli Dewan Negeri.
Post a Comment