Header Ads

Semakan Status Permohonan MyKad, MyPR & MyKAS 2023 Online

PSemakan Status Permohonan MyKad, MyPR & MyKAS 2023 Online. Panduan buat rakyat Malaysia yang telah membuat permohonan MyKad, MyPR atau MyKAS. Untuk makluman, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menyediakan satu sistem online untuk memudahkan pengguna membuat semakan status permohonan MyKad, MyPR dan MyKAS tahun 2022 secara dalam talian (online) menerusi laman web JPN.


PSemakan Status Permohonan MyKad, MyPR & MyKAS 2021 Online



Semakan Status Permohonan MyKad, MyPR & MyKAS 2023 Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan status MyKad, MyPR dan MyKAS termasuk memaparkan aplikasi online :

Apa Itu MyKad, MyPR dan MyKAS? 


1. MyKad 

MyKad adalah sekeping kad pengenalan pintar yang digunakan di Malaysia. Kad ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara pada September 2001 dimana ia digabungkan dengan teknologi cip dan biometrik terkini. Fungsi utama kad ini adalah sebagai kad pengenalan diri. 

2. MyPR

MyPR adalah kad yang digunakan untuk pemastautin tetap di Malaysia. Sebelum ini, kad pengenalan merah telah digunakan oleh pemastautin tetap dimana ia digantikan dengan MyPR pada Jun 2006.

3. MyKAS 

MyKAS adalah kad pengenalan pemastautin sementara yang memaparkan tarikh luput dan perlu diperbaharui dalam tempoh 5 tahun berwarna hijau. 

Cara Semak Status MyKad, MyPR dan MyKAS Online


1. Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman web http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/

2. Masukkan No. Kad Pengenalan di ruang  yang disediakan.

3. Masukkan 'Captcha' yang dipaparkan dan klik pada butang 'Semak'.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 8000 8000 atau layari ke laman web www.jpj.gov.my. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.