Header Ads

Permohonan MyStep 2024 Kerja Jangka Pendek (Daftar)

Permohonan MyStep 2024 Kerja Jangka Pendek (Daftar). Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin memohon kerja kerajaan. Untuk makluman menerusi pembentangan Belanjawan 2021 kepada parlimen Malaysia, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan inisiatif baru yang dikenali sebagai MyStep (Program Pekerjaan Jangka Pendek) yang bertujuan membantu menyediakan pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM700 juta bagi program MySTEP untuk menawarkan 50,000 pekerjaan secara kontrak di sektor awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mulai Januari 2021.


Permohonan MyStep 2022 Kerja Jangka Pendek (Daftar)


Di bawah inisiatif itu, 35,000 peluang pekerjaan dari sektor awam akan merangkumi jururawat, petugas perubatan, pegawai kebajikan masyarakat dan guru ganti. Sementara itu, syarikat GLC menyediakan 15,000 peluang pekerjaan dalam bidang teknikal dan kewangan. 


Permohonan MyStep 2024 Kerja Jangka Pendek (Daftar) 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MySTEP termasuk memaparkan syarat kelayakan dan cara permohonan :


Apa Itu MySTEP? 


Short-Term Employment Programme atau dikenali sebagai Personel MyStep adalah merupakan satu program kerja yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam jangka waktu yang singkat. Kategori pekerjaan yang disediakan melalui MYSTEP iaitu di sektor awam secara kontrak dan GLC.


Syarat Kelayakan Permohonan MySTEP


Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Short-Term Employment Programme adalah seperti berikut :


1. Hanya terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan.


2. Berumur 18 tahun ke atas. 


3. Memiliki sijil SPM, STPM, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. 


Cara Daftar dan Permohonan MyStep Online


Bagi anda yang ingin membuat permohonan boleh layari ke portal https://mystep.mof.gov.my/form untuk mengetahui jawatan kosong terkini yang ditawarkan dalam Personel MySTEP. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.