Header Ads

Contoh Soalan SPIER Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 (2021)

Contoh Soalan SPIER Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 (2021). Adakah anda calon SPiER tahun 2021? Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen bagi pengambilan jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 tahun 2021. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diadakan pada 3 Mei dan 4 Mei 2021. Berikut adalah contoh soalan SPIER Penolong Penguasa Imigresen. 


Contoh Soalan SPIER Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 (2021)



Untuk pengetahuan, SPIER dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.
SPIER merupakan tiga sistem Ujian Psikometrik secara berkomputer dan boleh digunakan dalam proses pembangunan kendiri pegawai. Kebiasaannya soalan yang akan ditanya dalam SPIER adalah dalam bentuk 'YA' atau 'TIDAK', 'BETUL' atau 'SALAH' dan 'SETUJU 'atau 'TIDAK SETUJU'.

Contoh Soalan SPIER Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 (2021)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen bagi Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 :

Format Ujian SPIER Penolong Penguasa Imigresen 


Masa : Fleksibel (Dijawab pada bila-bila masa mengikut kesesuaian calon dalam tempoh 3 Mei - 4 Mei 2021) 

Tempoh Menjawab : 30 minit

Jumlah Soalan : 90 soalan

Nota : Bagi calon yang lulus Ujian SPIER akan dipanggil ke Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan. Hanya calon-calon yang lulus Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan sahaja akan dipanggil ke temuduga. 

Contoh Soalan Ujian SPIER 


1. Saya akan melaksanakan tugas tanpa diarah
A. Setuju
B. Tidak Setuju

2. Saya _____ dimarahi kerana melanggar peraturan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak bertolak ansur dengan orang yang tidak menepati janji.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

5. Saya tidak akan memberi keputusan terhadap sesuatu cadangan dengan spontan walaupun ramai orang telah bersetuju.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
E. Tidak pernah

6. Pihak yang mendapat suara majoriti,
menjadi kecenderungan saya untuk berpihak kepadanya
A. Ya B. Tidak

7. Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A. Ya B. Tidak

8. Untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali, adalah tidak menjadi masalah buat saya
A. Ya B. Tidak

9. Apabila dikritik oleh orang lain semasa menjalankan tanggungjawab, saya cepat berputus-asa
A. Ya B. Tidak

10. Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya B. Tidak

Nota : Soalan-soalan Ujian SPIER di atas adalah hanya contoh sahaja bukannya soalan sebenar atau soalan bocor.

DAPATKAN RUJUKAN DAN CONTOH SOALAN UJIAN SPIER/ PSIKOMETRIK 


Berita baik buat calon SPA yang akan menduduki Ujian SPIER dimana Tim Infokerjaya telah menerbitkan satu rujukan untuk membantu calon-calon menjawab soalan ujian SPIER dengan baik. Rujukan ini sebenarnya diterbitkan untuk peperiksaan Psikometrik namun ianya sesuai digunakan untuk calon Penguasa Imigresen tahun 2021.


Di dalam rujukan itu terdapat beberapa contoh soalan, nota dan tips menjawab soalan Psikometrik. Menariknya ebook Psikometrik ini dipakejkan sekali dengan rujukan temuduga kerja kerajaan.

Bagaimana cara untuk dapatkan rujukan Ujian Psikometrik ini? Sila klik link di bawah ini untuk tempahan rujukan Ujian Psikometrik ;

>> RUJUKAN PSIKOMETRIK LENGKAP <<

Penafian : Soalan-soalan yang dikongsikan disini adalah sebagai bentuk gambaran atau panduan untuk calon membuat persiapan peperiksaan online dalam Ujian Psikometrik. Ianya bukan soalan ramalan atau soalan bocor.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.