Panduan Menghadiri Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI)
Panduan Menghadiri Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI). Panduan buat calon yang bakal menduduki temuduga kerja kerajaan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Untuk makluman, bagi anda yang mendapat panggilan temuduga SPA ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sila ikuti panduan temuduga yang dikeluarkan oleh SPA. Mulai 15 Jun 2021, pelaksanaan temuduga secara online in situ (TSOI) diwajibkan kepada calon yang bakal menduduki temuduga. Calon dikehendaki menyemak pemakluman dan penjadualan semula tarikh urusan TSOI dari semasa ke semasa melalui emel, portal SPA dan FB SPA.
Panduan Menghadiri Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang menghadiri temuduga SPA secara online termasuk memaparkan panduan sebelum dan semasa temuduga :
A. Sebelum temuduga
1. Semak butiran panggilan temuduga
Calon perlu membuat semakan dan peka dengan tarikh dan masa sesi temuduga sepertimana yang tercatat dalam dokumen panggilan temuduga.
2. Lokasi temuduga
Calon dikehendaki untuk menduduki temuduga secara maya di kediaman masing-masing. Calon tidak perlu hadir ke mana-mana Pusat TemuDuga SPA.
3. Persiapan teknikal
Calon perlu memastikan kelengkapan teknikal untuk menduduki temuduga maya tersedia termasuklah:
i. Peranti (smartphone/laptop/desktop).
ii. Aplikasi temu duga maya yang ditetapkan dalam dokumen panggilan temuduga telah dimuat turun.
iii. Talian internet yang stabil dan kuota mobile data yang mencukupi bagi memastikan kelancaran sesi temu duga.
iv. Kamera pada peranti berfungsi dengan baik bagi membolehkan panel penemuduga dapat melihat imej calon dengan jelas.
v. Penggunaan peranti sokongan untuk sistem audio (earphone/headphone/external microphone) adalah disarankan bagi membolehkan suara calon dan panel penemuduga dapat didengari dengan jelas.
vi. Calon perlu membuat semakan terhadap tetapan audio dan kamera pada peranti yang digunakan agar ditetapkan dalam mod ‘on’.
4. Pemilihan ruang dan persekitaran temuduga yang konduksif
Bagi membolehkan temu duga maya dilaksanakan dengan lancar, calon disyorkan untuk mengenal pasti dan menyediakan ruang persekitaran yang kondusif dan bersesuaian iaitu:
i. Bebas dari bunyi bising yang dapat mengganggu sesi temuduga.
ii. Pencahayaan yang cukup. Elakkan kedudukan yang membelakangkan sumber cahaya bagi mengelakkan kesan backlight.
iii. Penggunaan ruang yang bersih dan kemas bagi mengelakkan konsentrasi panel penemuduga terganggu.
iv. Hanya calon sahaja dibenarkan untuk berada di ruang temuduga. Individu lain yang tidak berkaitan tidak dibenarkan untuk hadir temuduga bersama-sama calon.
5. Melengkapkan dan memuat naik dokumen temuduga di dalam sistem MyResume
Calon perlu melengkapkan dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam Sistem MyResume.
6. Menghadiri sesi simulasi
Calon diwajibkan untuk menghadiri sesi simulasi bagi memastikan kesesuaian peranti dan rangkaian serta kelancaran sesi temuduga.
Artikel Berkaitan : Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah
B. Semasa Temuduga
1. Pemilihan pakaian
Calon mesti memakai pakaian yang sesuai mengikut Kod Etika Pakaian Temuduga yang telah ditetapkan. Rujuk laman portal SPA di alamat http://imej.spa.gov.my/dev/pdf/ASPA/Nota2April2015.pdf
2. Pemakaian pelitup muka
Calon tidak perlu memakai pelitup muka / face shield sepanjang sesi temuduga diadakan.
3. Persediaan awal
Calon dinasihatkan untuk bersedia sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal sebelum masa temuduga yang dijadualkan.
4. Rakaman sesi temuduga
Calon atau pihak ketiga DILARANG untuk membuat sebarang rakaman sesi temuduga.
5. Posisi tempat duduk ideal
Calon harus memastikan:
i. Jarak antara tempat duduk dan kamera yang sesuai bagi membolehkan panel penemu duga melihat imej calon secara menyeluruh.
ii. Kedudukan kamera yang ideal adalah pada ketinggian paras mata calon.
iii. Fokus pandangan mata pada kamera (bukannya pada skrin) bagi mewujudkan eye contact yang lebih tepat dengan panel penemuduga
6. Tetapan tambahan pada peranti
Nyahaktifkan fungsi notifikasi pada peranti bagi mengelakkan gangguan
notifikasi sepanjang sesi temu duga.
7. Tetapan Tambahan pada Peranti Lain (Jika ada)
Peranti ditetapkan dalam mod senyap.
8. Permulaan sesi temuduga
Sesi temu duga dikira bermula sejurus sahaja panel penemu duga memulakan perbualan dan mengalu-alukan kehadiran calon.
9. Pemakluman kepada panel penemuduga kiranya berlaku gangguan teknikal semasa temuduga
Calon perlu memaklumkan kepada panel penemu duga sekiranya terdapat gangguan teknikal semasa sesi temuduga. Contohnya, suara panel penemuduga tidak dapat didengari calon.
10. Penamatan sesi temuduga
Calon disarankan untuk memastikan talian pada aplikasi yang digunakan diputuskan sejurus sesi temuduga selesai.
BACA JUGA : Etika Pemakaian Temuduga Kerja Kerajaan
Jom buat group ws utk ppk u11 batch 2021.. 0102828316
BalasPadamSaya nk join
BalasPadam