Cara Kira GCR 2022 (Permohonan & Tebus Gantian Cuti Rehat)
Cara Kira GCR 2022 (Permohonan & Tebus Gantian Cuti Rehat). Panduan buat penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2022, gantian cuti rehat penjawat awam akan dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari. Gantian Cuti Rehat diwujudkan bagi mengiktiraf pengorbanan penjawat awam khususnya golongan barisan yang tidak berpeluang untuk bercuti ketika menangani krisis COVID-19. Selain itu, kerajaan turut melaksanakan kemudahan untuk membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus atau 80 hari mulai Januari 2022.
Gantian Cuti Rehat atau ringkasnya GCR adalah merupakan satu kemudahan disediakan kerajaan dalam bentuk ganjaran wang tunai yang diberikan kepada Penjawat Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan. GCR akan dikumpulkan pada setiap hujung tahun bergantung dengan kelayakan cuti rehat yang diberikan pada tahun berkenaan.
Cara Kira GCR 2022 (Permohonan & Tebus Gantian Cuti Rehat)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Gantian Cuti Rehat termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan pengiraan GCR :
Syarat Kelayakan Gantian Cuti Rehat 2022
Antara syarat-syarat kelayakan Gantian Cuti Rehat adalah seperti berikut:
a. Pembayaran Award Gantian Cuti Rehat diberikan kepada pegawai Skim Pencen yang bersara dan pegawai Skim KWSP yang bersara paksa. Pegawai yang dibuang kerja atau meletakkan jawatan tidak layak menerima pembayaran Award Gantian Cuti Rehat.
b. Pembayaran Gantian Cuti Rehat bagi pegawai-pegawai kontrak dilaksanakan oleh Jabatan masing-masing berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
Cara Pengiraan GCR Penjawat Awam
- Pengumpulan cuti bagi tujuan Gantian Cuti rehat adalah mengikut Peraturan 21(1) Peraturan Pencen 1980, Perintah Am Bab C dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa.
- Pengiraan Award Gantian Cuti Rehat : 1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR.
- Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR menerusi portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal ganjaran wang tunai GCR.
Cara Permohonan dan Kelulusan GCR
1. Untuk memohon Gantian Cuti Rehat, Pegawai perlu memohon menerusi HRMIS dan mencetak Borang Lampiran A yang dijana oleh HRMIS.
2. Ketua Jabatan lulus menerusi HRMIS dan menandatangani HRMIS dan menandatangani Borang Lampiran A yang dicetak.
3. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
a. 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
b. 1 salinan kenyataan cuti
c. 3 salinan penyata kiraan cuti
d. 1 salinan kad pengenalan
e. 1 salinan surat permohonan pesara/waris
4. Dokumen-dokumen ini perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
Untuk dapatkan maklumat berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686/4428/4431/4670/4427/4729 atau e-mel ke pertanyaan.gcr@jpa.gov.my.
Post a Comment