Cara Semak Bil Elektrik Sabah Online (mySESB)
Cara Semak Bil Elektrik Sabah Online (mySESB). Nak bayar bil elektrik di Sabah? Panduan buat pengguna di Negeri Sabah. Kini, pihak SESB menawarkan kepada pengguna untuk membayar bil elektrik secara online. Dengan adanya aplikasi mySESB, pengguna boleh menyemak dan membuat bayaran bil elektrik secara dalam talian. Sebelum itu, pengguna perlu membuat pendaftaran akaun SESB menerusi laman web https://mysesb.com.my atau muat turun aplikasi mySESB.
Cara Semak Bil Elektrik Sabah Online (mySESB)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan bil elektrik Sabah termasuk memaparkan kelebihan, cara pendaftaran dan semak bayaran :
Kelebihan Aplikasi mySESB
Aplikasi ini menyediakan beberapa maklumat antaranya:-
• Lihat bil terkini dan bayar bil menggunakan akaun semasa/simpanan, kad kredit/debit
• Memperkasakan Keluarga/Penyewa/Rakan untuk mengurus akaun
• Permohonan Baru, Penutupan Akaun dan Pertukaran Nama.
• Lihat bil terkini, bil sejarah dan aktiviti pembayaran.
• Lihat sejarah penggunaan tenaga anda dan bandingkan penggunaan bulan ke bulan anda.
• Lihat dan laporkan gangguan bekalan elektrik dan uruskan pemberitahuan amaran gangguan.
Cara Daftar mySESB Online
1. Pergi ke portal/aplikasi web mySESB https://mysesb.com.my/.
2. Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
3. Setelah penyerahan berjaya, sistem menjana e-mel dengan pautan pengaktifan dan menghantarnya ke alamat e-mel yang diberikan.
4. Klik pautan pengaktifan untuk mengaktifkan akaun anda.
Cara Bayar Bil Elektrik SESB 2022 Online
1. Untuk bayaran bil elektrik sila ke laman web https://mysesb.com.my/portal/One-TimePayment.aspx
2. Verify akaun dan masukkan nombor akaun anda.
3. Klik captcha 'I'm no robot'.
4. Kemudian, klik next untuk proses seterusnya.
5. Lengkapkan bayaran dan cetak slip bayaran anda.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 088- 515000 atau emel ke careline@sesb.com.my.
BACA JUGA : Cara Semak Bil TNB Online
Post a Comment