Header Ads

Cara Semak Bil TNB Online (Daftar & Bayar myTNB)

Cara Semak Bil TNB Online (Daftar & Bayar myTNB). Nak semak dan bayar bil TNB? Panduan buat pengguna di seluruh Malaysia. Kini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan kepada pengguna untuk membayar dan menyemak bil TNB secara online. Dengan adanya aplikasi myTNB, pengguna boleh menyemak dan membuat bayaran bil elektrik secara dalam talian sahaja. Sebelum itu, pengguna perlu membuat pendaftaran akaun myTNB menerusi laman web www.mytnb.com.my atau muat turun aplikasi myTNB.


Cara Semak Bil TNB Online (Daftar & Bayar myTNB)


Cara Semak Bil TNB Online (Daftar & Bayar myTNB)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan bil TNB termasuk memaparkan kelebihan, cara pendaftaran dan semak bayaran :


Kelebihan Aplikasi myTNB


Aplikasi ini menyediakan beberapa maklumat antaranya:-


• Jejaki penggunaan tenaga anda: Lihat dan bandingkan penggunaan bulanan anda dengan graf penggunaan interaktif.

• Urus berbilang akaun TNB: Pautkan dan urus semua akaun TNB anda pada satu platform.

• Bayar bil anda: Pembayaran dalam aplikasi yang lebih pantas dengan pilihan untuk menyimpan kad kredit anda untuk transaksi dengan lancar.

• Pemberitahuan: Dapatkan pemberitahuan tentang bil baharu anda dan banyak lagi.

• Lihat Sejarah: Jejaki bil dan sejarah pembayaran anda dalam satu paparan.

• Promosi: Ikuti perkembangan terkini dengan promosi terkini daripada TNB.


Cara Daftar myTNB Online


1. Pergi ke portal/aplikasi web myTNB https://myaccount.mytnb.com.my/User/Registration

2. Masukkan semua maklumat yang diperlukan. 

3. Setelah penyerahan berjaya, sistem menjana e-mel dengan pautan pengaktifan dan menghantarnya ke alamat e-mel yang diberikan.

4. Klik pautan pengaktifan untuk mengaktifkan akaun anda.


Semakan Bil TNB Melalui Aplikasi MyTNB


1. Anda perlu memuat turun aplikasi myTNB di Google Play (Android) dan App Store (iOS).

2. Daftar akaun dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan bersetuju terma dan syarat.

3.  Masukkan 12 digit no akaun TNB dan klik sahkan sekiranya maklumat akaun tersebut adalah benar.

4. Jika akaun atas nama anda boleh pilih 'Ya', jika bukan pilihan "Tidak".

5. Setelah berjaya mengisi maklumat yang diperlukan, butiran pemilik akaun dan jumlah bil elektrik seperti Lihat Bil, Bayar Bil dan Hantar Maklum Balas akan dipaparkan.

6. Pembayaran bil elektrik TNB boleh dibuat menggunakan kad debit, kad kredit atau perbankan atas talian (FPX).


Semakan Bil TNB Online


1. Untuk semakan boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.mytnb.com.my/.

2. Terdapat 2 pilihan samada ingin mendaftar akaun baharu atau tidak mahu mendaftar.

3. Klik "Express Payment" bagi yang tidak mendaftar.

4. Masukkan 12 Digit No. Akaun TNB.

5. Klik pada ''i'm not a robot".

6. Jumlah pembayaran akan dipaparkan di screen anda dan klik "PAY" untuk membuat pembayaran.



Sebarang keterangan lanjut sila hubungi di talian TNB Careline: 1-300-88-5454 atau emel ke tnbcareline@tnb.com.my atau layari portal TNB www.mytnb.com.my.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.