Header Ads

Permohonan Program RMR Perakku Prihatin 2023 Online (Semakan Status)

Permohonan Program RMR Perakku Prihatin 2023 Online (Semakan Status). Panduan buat anak jati negeri Perak yang ingin memiliki rumah pertama. Untuk makluman menerusi portal daripada Yayasan Perak bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mempelawa kepada yang berkelayakan untuk memohon Program RMR Perakku Prihatin tahun 2023. Permohonan Program RMR Perakku Prihatin ini hendaklah dibuat secara online di laman web Yayasan Perak atau hadir sendiri ke Pejabat Yayasan Perak.

Permohonan Program RMR Perakku Prihatin 2021 Online (Semakan Status)


Permohonan Program RMR Perakku Prihatin 2023 Online (Semakan Status)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program RMR Perakku Prihatin termasuk memaparkan syarat kelayakan, kawasan rumah dan aplikasi permohonan :

Apa Itu Program RMR Perakku Prihatin?


RMR Perakku Prihatin adalah satu program pinjaman perumahan tanpa faedah khususnya kepada golongan berpendapatan rendah B40 yang ingin membina rumah pertama di atas tanah sendiri atau kebenaran dengan tuan tanah.

Syarat Kelayakan Program RMR Perakku Prihatin 2023


Antara syarat-syarat permohonan Program RMR Perakku Prihatin adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia
2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
5. Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
8. Pemohon hendaklah anak kelahiran PERAK atau bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak.

Dokumen Penting

Antara dokumen penting yang diperlukan bersama borang permohonan yang diisi dengan lengkap :

❖ Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan pasangan (Jika Berkenaan) 

❖ Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah 

❖ Salinan Kad Pengenalan Pemohon kedua (Jika Berkaitan) 

❖ Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru 

❖ Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah 

❖ Salinan slip gaji (3 bulan terkini) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan bagi pemohon / pemohon kedua* 

❖ Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah usang* 

❖ Surat akuan kebenaran pelepasan tuan punya tanah 

❖ Salinan sijil nikah pemohon, cerai @ meninggal dunia 

❖ Borang Laporan Tapak Bergambar 

Cara Permohonan Rumah Perakku Online


Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma menerusi pautan di bawah :

a. Muat turun 


b. Pejabat Yayasan Perak

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian :

Yayasan Perak, Tingkat 1, 
Wisma Yayasan Perak, 
No 111 Jalan Sultan Idris Shah, 
30000 Ipoh. 
Tel : 05-255 2929 
Faks : 05-253 1701

Semoga anda berjaya mendapat rumah kediaman yang diidamkan. 

2 ulasan:

  1. Saya nk isi,tapi borang akuan saya tak berapa faham dn tak berapa mengerti.isi hujah saya

    BalasPadam
  2. Saya nk isi,tapi borang akuan saya tak berapa faham dn tak berapa mengerti.isi hujah saya

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.