Header Ads

Cara Bayar Bil Air Kelantan Online myAKSB (Semakan)

Cara Bayar Bil Air Kelantan Online myAKSB (Semakan). Nak bayar bil air Kelantan? Panduan buat rakyat Negeri Kelantan yang ingin menyemak atau bayaran bil air Kelantan secara dalam talian tahun 2022. Untuk makluman, kini Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menyediakan satu portal online iaitu myAKSB bagi memudahkan bayaran bil secara online menerusi aplikasi myAKSB. Selain itu, pengguna juga boleh bayar bil air Kelantan menggunakan Jompay online.


Cara Bayar Bil Air Kelantan Online myAKSB (Semakan)



Cara Bayar Bil Air Kelantan Online myAKSB (Semakan)


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bil air Kelantan termasuk memaparkan cara daftar, login dan semakan : 


Apa Itu Aplikasi myAKSB?


Aplikasi myAKSB adalah satu aplikasi online yang dibangunkan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd untuk membolehkan pengguna mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air, maklumat bil semasa, berita terkini dari AKSB.


Cara Daftar Aplikasi myAKSB


1. Untuk daftar akaun myAKSB sila muat turun aplikasi melalui Android atau iOS.

2. Kemudian, buka aplikasi myAKSB dan klik 'Register'.

3. Masukkan nombor telefon yang aktif.

4. Masukkan maklumat butir-butir diri anda. 

5. Masukkan Password yang anda inginkan, sahkan sekali lagi.

6. Pendaftaran telah selesai.


Cara Membayar Bil Air Kelantan Di myAKSB


1. Log masuk akaun anda dengan menggunakan Nombor Telefon dan Password yang didaftarkan.

2. Di halaman utama, sila pergi ke bahagian 'Payment'.

3. Seterusnya paparan akan menunjukkan jumlah perlu dibayar.

4. Sila klik butang 'PAYMENT' untuk membuat pembayaran.

5. Seterusnya, anda diberikan pilihan cara untuk membuat pembayaran.

6. Untuk sah membayar, klik pada butang 'Confirm'.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian ;


Wisma Air Kelantan, Lot 188,

Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz

15050 Kota Bharu, Kelantan.


Tel: 09-743 7777

Faks: 09-747 2030


BACA JUGA : Cara Bayar Bil Air Terengganu Online 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.