Header Ads

Semakan Bil Cukai Tafsiran, Sewaan & Kompaun Online Melalui PBTPay

Semakan Bil Cukai Tafsiran, Sewaan & Kompaun Online Melalui PBTPay. Dah bayar cukai tafsiran? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin membuat bayaran cukai tafsiran/ tanah, sewaan dan kompaun secara dalam talian. Untuk makluman, kini anda boleh semak dan bayar cukai taksiran atau cukai tanah secara online melalui portal PBTPay. Bagi anda yang tidak melunaskan bayaran cukai tafsiran akan dikenakan tindakan iaitu harta akan disita di bawah Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976.


Semakan Bil Cukai Tafsiran, Sewaan & Kompaun Online Melalui PBTPay



Semakan Bil Cukai Tafsiran, Sewaan & Kompaun Online Melalui PBTPay


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran cukai tafsiran, sewaan dan kompaun termasuk memaparkan cara daftar dan semakan bil online :


Apa Itu Cukai Tafsiran?


Cukai taksiran atau cukai pintu dikuatkuasakan mengikut peruntukan seksyen 17, akta kerajaan tempatan 1976 (akta 171). Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah seperti;


A) Kediaman - Rumah teres, rumah berkembar, rumah sesebuah, rumah bandar, rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah kedai dan sebagainya.

B) Perniagaan - Kedai, kedai/pejabat, pusat membeli belah, pawagam, pejabat, hotel, stesen minyak, pusat rekreasi

C) Perindustrian - Kilang teres, kilang berkembar dan kilang sesebuah.

D) Tanah kosong - Tanah pertanian, tanah pembangunan 


Tarikh Bayaran Cukai Tafsiran/ Cukai Tanah


Ianya dikenakan dua (2) kali setahun pada 1 Januari hingga 28 Februari setiap tahun dan 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.


Apa Itu PBTPay?


PBTPay adalah portal semakan dan pembayaran cukai taksiran hartanah seluruh semenanjung Malaysia yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Cara Daftar PBTPay Online


1. Untuk pendaftaran PBTPay sila ke pautan https://pbtpay.kpkt.gov.my/auth/signup

2. Buat pertama kali sila daftar pengguna baharu dengan isi butiran yang diperlukan seperti :

  • Nama Penuh
  • Kad Pengenalan
  • E-mel
  • Nombor telefon
  • Kata Laluan

3. Setelah isi maklumat dengan lengkap, Tick pada kotak “Saya setuju dengan Terma & Syarat” dan tekan butang “Daftar”.

4. Anda akan dibawa ke halaman paparan bagi “Aktifkan Akuan Baru”.

5. Masukkan “No. PIN” yang telah dihantar ke e-mel anda dan klik butang “Hantar”.

6. Pendaftaran anda telah berjaya.


Cara Login Dan Semak Bayaran Bil Tafsiran Online


1. Untuk semak bil sila layari ke pautan PBTPay https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak_advance

2. Tandakan pada jenis semakan and inginkan seperti Cukai Taksiran, Sewaan, Kompaun dan Pelbagai

3. Masukkan kawasan PBT anda dan juga nombor akaun.

4. Tick pada terma dan syarat kemudian tekan Semak.

5. Paparan bagi “Semakan Bil Terperinci” akan terpapar.


Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang PBTPay sila emel ke pbtpay@kpkt.gov.my.


Selamat melunaskan bayaran bil cukai tafsiran, sewaan dan kompaun!


BACA JUGA : Semak Bayaran Cukai Tanah Online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.