Header Ads

Semakan Dan Cara Bayar Bil Air Sabah Melalui Sabah Pay

Semakan Dan Cara Bayar Bil Air Sabah Melalui Sabah Pay. Nak bayar bil air Sabah? Panduan buat rakyat Negeri Sabah yang ingin menyemak atau bayaran bil air Sabah secara dalam talian tahun 2022. Untuk makluman, kini kerajaan negeri Sabah telah menyediakan satu portal online iaitu Sabah Pay bagi memudahkan bayaran bil secara online menerusi aplikasi Sabah Pay. Selain itu, pengguna juga boleh bayar bil air Sabah menggunakan Maybank banking online.


Semakan Dan Cara Bayar Bil Air Sabah Melalui Sabah Pay



Semakan Dan Cara Bayar Bil Air Sabah Melalui Sabah Pay 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bil air Sabah termasuk memaparkan cara daftar, login dan semakan : 


Apa Itu Aplikasi Sabah Pay?


Aplikasi Sabah Pay adalah satu aplikasi online yang dibangunkan oleh Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) dengan kerjasama Boost, Sunline International (Malaysia) Sdn. Bhd dan Alibaba Cloud Malaysia Sdn. Bhd. Fungsi Sabah Pay adalah untuk membolehkan pengguna menyimpan wang secara digital (e-wallet), membuat pembayaran, memindahkan wang, menerima wang dan mempunyai fungsi pintar seperti melihat sejarah transaksi, membayar utiliti dan bil majlis tempatan.


Cara Daftar Aplikasi Sabah Pay


1. Untuk daftar akaun Sabah Pay sila muat turun aplikasi melalui Android atau iOS menerusi pautan https://web.sabahpay.gov.my.

2. Kemudian, buka aplikasi Sabah Pay dan klik 'Register'.

3. Masukkan nombor telefon yang aktif.

4. Masukkan maklumat butir-butir diri anda. 

5. Masukkan Password yang anda inginkan, sahkan sekali lagi.

6. Tick pada 'Terms & Condition'.

7. Anda akan menerima satu kod melalui SMS dan masukkan kod tersebut.

8. Pendaftaran telah selesai.


Cara Membayar Bil Air Sabah Di Sabah Pay


1. Log masuk akaun anda dengan menggunakan Nombor Telefon dan Password yang didaftarkan.

2. Di halaman utama, sila pergi ke bahagian 'Payment'.

3. Terdapat beberapa pilihan agensi yang disediakan dan sila pilih Jabatan Air Negeri Sabah.

4. Diberikan pilihan sama ada ingin Scan Bar Code atau Masukkan Nombor Akaun.

5. Seterusnya paparan akan menunjukkan jumlah perlu dibayar.

6. Sila klik butang 'PAYMENT' untuk membuat pembayaran.

7. Seterusnya, anda diberikan pilihan cara untuk membuat pembayaran.

8. Untuk sah membayar, klik pada butang 'Confirm'.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian ;


SABAH STATE WATER DEPARTMENT

Tingkat 6, Blok A, Wisma MUIS, 

Beg Berkunci No. 210, 88825

Kota Kinabalu, Sabah, 

Malaysia


No. Tel: +60-88-232364 (HQ)/ +60-88-326888 (Careline)

No. Fax: +60-88-232396 

Email: jans.hq@sabah.gov.my


BACA JUGA : Cara Daftar SYABAS Online 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.