Header Ads

e-Reporting PDRM: Daftar, Log Masuk & Cara Report Polis Online

e-Reporting PDRM: Daftar, Log Masuk & Cara Report Polis Online. Nak buat aduan kepada pihak polis? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin mengetahui cara report polis. Untuk makluman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membangunkan satu sistem online iaitu e-Reporting PDRM yang membolehkan orang awam untuk membuat laporan polis secara dalam talian. Dengan adanya sistem online dapat memudahkan pengadu membuat laporan yang tidak berkaitan dengan kesalahan jenayah tanpa perlu hadir ke Balai Polis. Untuk pendaftaran akaun e-Reporting PDRM sila layari ke laman web https://ereporting.rmp.gov.my.


e-Reporting PDRM: Daftar, Log Masuk & Cara Report Polis Online


e-Reporting PDRM: Daftar, Log Masuk & Cara Report Polis Online


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang sistem e-Reporting PDRM termasuk memaparkan cara daftar, log masuk dan report online :


Apa Itu e-Reporting PDRM?


e-Reporting PDRM adalah satu sistem online yang disediakan oleh PDRM untuk membolehkan orang awam membuat laporan polis secara online, dimana ia tidak melibatkan kes-kes jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis. Sistem e-Reporting adalah terhad kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas sahaja.


Senarai Jenis aduan e-Reporting


Jenis-jenis laporan polis yang boleh dibuat melalui e-Reporting adalah seperti berikut:


1. Hilang/Tercicir Kad Pengenalan.

2. Hilang/Tercicir Lesen Memandu.

3. Hilang/Tercicir Kad Kredit/ATM.

4. Hilang Telefon Bimbit.

5. Hilang Komputer Riba (Laptop).

6. Hilang Cukai Jalan.

7. Pembantu Rumah Lari - Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja.

8. Kehilangan, kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam.


Artikel Berkaitan: e-Pengambilan PDRM Permohonan Jawatan Polis Online


Cara Daftar Dan Log Masuk e-Reporting PDRM


1. Sila layari sistem online di pautan https://ereporting.rmp.gov.my/panduan.aspx

2. Pemohon baru perlu membuat pendaftaran akaun dan log masuk sistem e-reporting. 

3. Semak butiran pengadu.

4. Masukkan butiran kejadian.

5. Masukkan keterangan kejadian.

6. Hantar butiran repot ke e-reporting PDRM.

7. Anda boleh cetak dan menerima salinan repot melalui emel.

8. Bawa laporan polis ke agensi berkaitan.


Selamat membuat report!


BACA JUGA: Semakan Saman Trafik PDRM Online

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.